Kerjaya Muhammad Haji Salleh

Kerjayanya bermula sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa. Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun[1].

Sekembalinya ke Malaysia, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Selama 42 tahun, beliau pernah bertugas di USM,UKM dan UM. Beliau pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays (1977) dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat (1977 - 1978) ; pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu ; Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM ; Pengarah Institut Bahasa, Kebudayaan Kesusasteraan Melayu. Kemudian menjadi Profesor Kesusasteraan sewaktu berusia 36 tahun (1978). Muhammad menjadi “Asian Scholar in Residence” di University Michigan. Dalam tahun 1992-1993, beliau dipilih menjadi Fullbright Visiting Reseacher, di University of California, Berkeley ; menyandang Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Netherlands (1993-1994).

Pada bulan Jun 1996, beliau mengambil bahagian dalam seminar Persatuan Nusantara (Moscow) "Pembinaan Negara dan Proses Perkembangan Sastera/Budaya di Asia Tenggara", di mana membentangkan kertas kerja "Khalayak di Serambi Pentas"[2]. Kesan daripada lawatan ke Moscow, termasuk pertunjukan "The Queen of Spades" arahan Peter Fomenko, di teater E. Vakhtangov, dicerminkan dalam beberapa puisinya [3].

Rujukan

WikiPedia: Muhammad Haji Salleh //scholar.google.com/scholar?q=%22Muhammad+Haji+Sa... //www.google.com/search?&q=%22Muhammad+Haji+Salleh... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Muham... //www.google.com/search?q=%22Muhammad+Haji+Salleh%... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Muhammad+Ha... http://muhammadhajisalleh.com/ http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068247273 http://isni.org/isni/0000000111615500 http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...